
Sebulan sebelum praktikum.
Rasa 'nervous' menyelinap diri sejak cuti bermula. Yelah, naik je cuti nanti praktikum akan bermula. Pelbagai perkara menjadi soalan-soalan yang membungkam fikir. Apakah, bagaimanakah, siapakah, bila, di mana.
Untuk mengelakkan rasa itu terus meracun jiwa, saya ke sekolah makcik, yang juga seorang guru bimbingan dan kaunseling. Hajat untuk mencari maklumat tambahan, dan ide-ide yang dapat membantu utuk praktikum nanti.
Alhamdulillah, 2 jam berada di situ saya dapat mencedok sedikit sebanyak pengetahuan dan pengisian. Ide dan maklumat yang diperlukan telah berada di genggaman. Lega :)
[Allah paling tidak suka orang yang kedekut dengan ilmu yang dimilikinya]
Saya rasa paling seronok tika semester baru bermula (sekadar 2 minggu), kerana sedikit sebanyak maklumat yang diperoleh ini bisa dikongsi dengan kawan-kawan. Ialah, sesuatu perkara yang dikongsi itu kan lebih banyak manis dan bahagianya ;)
Lagipun, ilmu itu Allah yang punya. Kita cuma pinjam dan guna. Jadi, buat apalah mahu kedekut-kedekut. Ilmu juga bila dikongsi akan melahirkan sebuah kepuasan. Langsung, ilmu itu boleh bertambah melalui diskusi dan perkongsian yang dijalankan.
Kunjungan ke sekolah.
Sebelum praktikum, saya sempat menjengah sekolah sebanyak 2 kali. Pertama kali setakat melepasi bilik pengawal. Cuak..hihi.
Kali kedua, dengan wajah ala-ala yakin, saya terus melangkah ke pejabat sekolah bersama rakan praktikum, Vanita.
Selepas memperkenalkan diri di pejabat sekolah yang agak sibuk itu, kami disapa akhirnya oleh Guru Besar, En Jamaludin. Pejabat agak sibuk disebabkan SK Simpang Empat baharu menerima bangunan baru.
Kami berdua diberitahu bahawa guru bimbingan dan kaunseling sekolah berkenaan baru sahaja berpindah kerana kenaikan pangkat. Jadi, mahu kata apa lagi. Bak kata Guru Besar, "it's all yours". Eh, bukan maksudnya boleh berbuat sesuka hati.
Di sebalik bicara itu, Guru Besar mengharapkan agar kami dapat menyambung atau melaksanakan tugas Guru Bimbingan dan kaunseling dengan baik.
[Fakta: Praktikum tanpa seorang guru bimbingan. Mencabar juga tu]
Masalah rumah pun dapat diselesaikan baik. Saya akan bersama menyewa di rumah Pembantu Pengurusan Murid. Alhamdulillah, kebetulan beliau tinggal sendiri. Fasiliti di pekan Simpang Empat juga baik. Saya senyum jelah. Saat-saat saya bersusah hati kerana tiada kenderaan semasa praktikum ini, rupanya ada jua jalan penyelesainnya.
Ada hikmahnya. Ada jalannya.
Saya tak terkata. Di sebalik segala masalah yang merimbun di benak, Allah memudahkan jalan itu. Sekarang hanyalah masa untuk beraksi. Bersama sokongan dari rakan-rakan, amanah dari para pensyarah, harapan dari pihak sekolah...dan, doa dari mak ayah, saya akan beraksi dengan sebaiknya. InsyAllah.
"Di mana-mana juga kamu berada, ingatlah bahawa kamu masih di Bumi Allah. Kamu tidak sendiri. Allah akan sentiasa melihatmu, menjagamu. Jadi, usah bersedih, usah kamu berkeluh kesah. La takhof, wa La tahzan, InnaAllahama'ana"
------------------------
Penulisan ini meluahkan rasa untuk menbangkitkan jiwa. Terima kasih Tuhan, kerana membuatku berfikir dan mengharap kepadaMu cuma.
No comments:
Post a Comment